Total Pageviews

Monday, 7 November 2011

Minggu Kedua

Assalammualaikum,salam sejahtera dan salam satu malaysia kepada semua rakan-rakan walau dimana jua anda berada.Alhamdulillah dapt juga saya menyelesaikan pembelajaran saya pada minggu kedua ini.Banyak ilmu yang telah saya pelajari pada minggu kedua ini.Ilmu yang saya pelajari pada minggu kedua ini ialah berkaitan tentang sisitem maklumat pembelajaran.

Mula-mula sekali saya ingin kongsi dengan anda semua apakah yang dimaksudkan dengan sisten maklumat pembelajaran.Sistem maklumat pembelajaran bermaksud sistem yang menyediakan banyak fungsi iaitu boleh menukar,mengurus dan seterusnya menerbitkan pelbagai maklumat seperti teks,gambar,video atau dokumen yang ditentukan oleh peraturan,proses dan urutan secara berpusat untuk memastikannya lebih teliti dan terancang.

Jika dilihat lebih terperinci apa yang dimaksudkan oleh sistem maklumat pembeljaran ialah.Maklumat ialah maklumat digital ia boleh terdiri daripada teks,gambar,video,bunyian,dokumen,rekod dan sebagainya atau dalam erti kata yang lain sebrang maklumat yang ingin kita simpan dalam bentuk elektronik semuanya.

Pengurusan maklumat pula ialah merupakan pengurusan secara efektif pelbagai maklumat tersenarai diatas,dengan mengikut peraturan,proses dan rangka kerja bagi memastikan simpanan maklumat elektronik diurus dengan baiknya.

Sistem maklumat pembelajaran ini sangat penting untuk diaplikasikan oleh senua lapisan masyarakat kerana mempunyai pelbagai kepentingan dan kebaikan jika mengaplikasan dalam kehidupan seharian.Sistem ini memberi kebaikan kerana kadar pertumbuhan maklumat dan data yang terus berkembang dengan pesat dan keperluan kepada pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan.Selain itu,sistem maklumat pembelajaran ini sangat penting kerana keperluan untuk proses membuat keputusan dengan lebih cepat dan lebih pantas tanpa menunggu masa yang lama untuk membuat keputusan dan masa tidak akan membazir begitu sahaja dan juga kepentingan lain ialah keperluan untuk merencanakan cadangan untuk penyelesaian masalah.

Kita boleh melihat,mempelajari atau mengaplikasikan sistem maklumat pembelajaran ini walau dimana sahaja kita berada.Kita dapat melihat di kawasan sekolah terutama di perpustakaan,pengawas pusat sumber sekolah sememangnya dilatih untuk menggunakan sistem maklumat ini,ia dipanggil  sisten-source.Selain itu kiata juaga boleh lihat di pejabat dan lain-lain tempat.

Kebanyakan yang menggunakan sistem maklumat pembeljaran ini alah mereka yang terdiri daripada pelajar tidak kira ssama ada pelajar di peringkat sekolah rendah,menengah mahupun peljar peringkat universiti kerana masing-masing amat memerlukan sistem ini dalam pembelajran mereka sekarang.Pekerja di sektor lain juga boleh dan digalakkan menggunakan dan mempelajari sistem maklumat pembelajaran ini kerana ia akan memudahkan kerja anda.

Kita boleh menggunakan sistem maklumat pembelajaran ini ialah dengan cara pelajar berinteraksi dengan pelajar,selain itu boleh mengakses maklumat dengan lebih pantas adan juga kerja dapat dilakukan dengan lebih teratur kerana sistem maklumat pembelajaran ini tiada dikenakan sebaran had masa.

Sampai disi sahaja yang dapat saya kongsi dengan anda semua.Saya harap anda semua dapat mempelajari dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.Sekian,terima kasih.