Total Pageviews

Monday, 2 January 2012

MINGGU 14 KELAS

Assalmmualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah akhirnya saya telah sampai ke minggu yang terakhir pembelajaran untuk subjek KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN bagi semester 1 sesi 2011/2012.

Pada minggu ini saya telah diajar bagaimana untuk membuat database sistem maklumat bagi para pelajar.

Saya telah membuat sistem maklumat murid bagi 20 orang pelajar yang meliputi maklumat berkenaan dengan:

  • butir keluarga
  • butir peribadi
  • butir ko-kurikulum
  • butir peribadi
Sebelum itu anda mestilah melakukan sistem maklumat muurid ini di open office org. kemudia klik database.Selepas itu anda akan dapati perkataan next, dan anda klik di situ sehingga terdapat perkataan finish dan anda tekan di situ.Kemudian anda daftar apa yang dikehendakinya. Selepas itu anda boleh memulakan mengisi maklumat dengan mengisi di table, kemudian di quaries, forms dan akhir sekali adalah report.

Semasa anda membuat di bahagian table anda mestilah meletakkan 'primary key bagi no id setiap pelajar. Selepas itu anda boleh mengisi kesemuanya dan diharap tidak melakukan kesilapan.

Sunday, 1 January 2012

MINGGU 13 KELAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera, pada kali ini saya ingin memberitahu kepada kalian semua serba sedikit tentang apa yang telah saya pelajari dan telah saya dapat pada minggu ini.Pertama sekali, pada minggu ini saya telah membuat rekod markah pelajar. Markah pelajar tersebut boleh direkod dan dianalisis di excel.Apa yang diperlukan semasa membuat markah pelajar ialah:

1)Senarai nama pelajar
2)Mata pelajaran yang mereka ambil
3)gred

Selepas itu anda boleh anda boleh meletakkan nama mereka, mata pelajaran yang mreka ambil,dan gred mereka di petak yang berkenaan.Selepas sipa kesemuanya anda boleh membuat petak yang baru untuk menganalisis markah markah itu dengan memasukkan formula.

a)analisis markah pelajar paling tinggi untuk setiap subjek.Contohnya,(=MAX(D6:D45)).
b)analisis markah yang paling rendah untuk setiap subjek.Contohnya,(=MIN(D6:D45)=MIN(D6:D45)
C)analisis standard deviation. Contonya. (=STDEV(D6:D45)
d)analisis purata keseluruhan bagi setiap subjek.=AVERAGE(D6:D45)

Apabila sudah selesai semua, kemudian menganalisi gred para pellajar bagi setiap subjek. Contonya ialah dengan =COUNTIF(E6:E45,D55)

Setelah selesai anda perlu memasukkan graf gred bagi setiap mata pelajaran dengan klik insert dan kemudian pilih jenis graf yang dinginkan.

Pada minggu ini juga selain daripada excel untuk markah para pelajar. Saya juga dikehdaki untuk membuat belanjawan seharian saya bagi tahun 2012. Saya telah membuat belanjawan ini dengan cara membuat di open office org. Kemudian memilih spreedsheet agar memudahkan melakukan pengiraan.Kemudian saya telah memasukkan Tarikh, makanan,kebersiahan, pakaian, bahan pembelajaran dan pengangkutan.Kemudia untuk kolum yang selebihnya pula saya letakkan jumlah perbelajaan bagi apa yang telah saya beritahu sebelum ini, kemudian saya letakkan juga jumlah wang masuk. baki bagi bulan yang sebelumnya dan juga jumlah keseluruhan wang saya.

MINGGU 11 DAN 12

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua.
Tujuan saya menulis blog pada kali ini ialah untuk memberitahu kepada kalian semua berkenaan apa yang telah saya pelajari pada dua minggu ini.


Pertama sekali apa yang telah saya pelajari pada minggu ini ialah cara-cara membuat gimp, audiacity, movie maker, power point dan juga impress.


Langkah-langkah membuat gimp ialah dengan. Pertama sekali, msukkan imej yang ingin diedit dengan menekan file>open
Apabila imej sudah disertakan, edit gambar tadi dengan meggunakan toolbox yang berada di sebelah kiri.
Jika ingin menambah tulisan, tekan simbol text tool di toolbox
Jika ingin menambah gambar, tekan pada file>open as layers>tekan 2 kali pada tetikus kiri pada gambar pilihan, jadi imej yang dipilih akan menjadi lapisan baru.

           Kemudian untuk audiocity pula ialah, bagi yang tiada audiocity anda bolehla download di internet.Fungsi audiocity ialah untuk menyungtig lagu-lagu dari fail muzik atau kita boleh menyunting lagu sendiri,Kita boleh menyunting untuk menambahkan kenyaringan lagu, membuat tiga lagu menjadi satu dengan membat kesinambungan terhadap lagu-lagu tersebut.

           Kemudian, cara untuk membuat movie maker ialah dengan mengimport gambar-gambar yang terdapat dalam fail anda atau anda boleh upload melalui internet. Seterusnya anda boleh masukkan lagu yang anda suka sama ada boleh masukkan secara terus daripada fail muzik atau daripada audiocity yang anda telah sunting, mengikut kesesuaian anda dan pilihan anda asalkan bersesuaian denagn tajuk dan tidak keterlaluan.Kemudian, setelah selesai memasukkkan gambar dan lagu, anda boleh menaip siapa yang telah membuat video tersebut, Setelah selesai, anda boleh terus menyuning video tersebut dengan memilih pergerakan yang anda inginkan dan kesan-kesan warna dan kesan-kesan cahaya.

           Kemudia saya akan terangkan kepada anda semua bagaimana hendak membuat power point bagi tugasan kali ini, Caranya ialah anda perlu klik power point, kemudian anda boleh memulakan  menaip di power point anda,selain itu anda juga boleh memilih reka bentik dan warna yang anda inginkan dan juga anda boleh memilih susun  atur yangt kterat mana anda iinginkan mengikuiviti anda sendiri.Terdapat pelbagai lagi di power point, anda boleh meneroka dengan sendiri