Total Pageviews

Saturday, 31 December 2011

MINGGU 9 DAN 10 KELAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Mula-mula sekali saya ingin menceritakan kepada anda semua mengenai brosure.Untuk membuat brosure saya perlu melakukannya di MICROSOFT PUBLISHER.Kemudia klik di brosure.Selepas itu, anda semua boleh memilih reka bentuk yang anda inginkan.Kemudian anda boleh menyuntingnnya dengan melihat di sebelah kiri kumputer, terdapat pilihan warna dan lain-lain dan anda boleh memilih mengikut apa yang anda inginkan supaya brosure anda kelihatan cantik dan bukan hanya cantik tetapi mempunyai isi yang lengkap mengenai apa yang sebetulnya.Saya dan pasangan saya telah membuat brosure mengenai sistem operasi.Tambahan di sini anda juga boleh mengambil gambar daripada fail gambar anda dengan klik di insert kemudian klik picture.

Sunday, 25 December 2011

MINGGU KE 7 DAN KE 8

Assalammualaikum dan salam sejahtera kapada semua..
Untuk minggu ini saya akan menerangkan serba sedikit apa yang telah sya pelajari pada minggu ini.
Pada minggu ini saya telah belajar bagaimana ingin memesukkan data, menganalisis daripada soal selidik yang telah saya buat pada minggu yang keenam. Saya menganalisis data-data tersebut menggunakan SPSS iaitu (Statistical Package for Social Science ).Sebelum memesukkan data-data dan menganalisis semua data terlebih dahulu saya mempelajari apa itu spss terlebih dahulu agar dapat memudahkan saya dalam memasukkan data-data tersebut.






Ini adalah contoh simbol spss..
Seterusnya saya belajar serba sedikit berkenaan dengan spss dihttp://my.ilstu.edu/~mshesso/SPSS/tutorial.html, Selain itu saya juga mempelajari daripada buku ini iaitu

Front Cover
http://books.google.com.my/books?id=yy-dz_w7EFMC&printsec=frontcover&dq=spss&hl=en&sa=X&ei=Xeb2TtiXGczprQef8YnsDw&ved=0CDUQ6AEwAA#v=onepage&q=spss&f=false

Ini merupakan spss yang saya guna sepanjang saya menganalisis data-data yang perlu saya lakukan. Saya juga menganalisi data-data ini berdasarkan soal selidik yang telah saya lakukan berkenaan dengan sistem operasi.

Setelah selesai melakukan analisis data-data di spss ini, kemudia saya dikehendaki membuat laporan mengenainya open office.org

Laporan yang telah saya lakukan meliputi:
1)ABSTRAK
2)PENGENALAN
3)PENDEKATAN KAJIAN

Friday, 23 December 2011

MINGGU KEENAM KELAS

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia. Syukur kepada Allah s.w.t kerana tidak menyangka yang saya telah belajar sehingga minggu keenam.

Pada minggu ini saya telah belajar bagaimana hendak membuat kajian terhadap soalan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya iaitu berkenaan dengan sistem operasi. Saya telah membuat kajian tersebut bersam-sama dengan pasangan saya. Kami telah membuat kajian tersebut di google doc, survey monkey.

Langkah-langkah dalam membuat 'survey' dalam survet monkey dan sebelum membuat soalan-soalan kaji selidik kita boleh mrujuk di laman web...

1)http://www.statpac.com/surveys/
2)http://www.surveysystem.com/sdesign.htm
3)http://www.surveysystem.com/sdesign.htm

Selepas membuat rujukan saya bersama dengan pasangan saya telah membuat dan berbincang soalan apa yang akan kami kaji dan berapa banayk soalan yang akan kami cipta untuk kaji selidik ini.Setelah perbincangan dibuat kami sepakat untuk memilih 10 soalan sahaja. Soalan-soalan yang kami buat adalah semuanya berkaitan dengan tajuk tugasan kami iaitu, sistem operasi

                                            
Pada permulaan, saya perlu mendaftarkan diri saya terlebih dahulu di http://www.surveymonkey.com/ supaya saya dapat meneruskan langkah seterusnya dalam survey monkey


Get Started Today!

Premium Plans

Advanced features & customization for power users.

BASIC Plan

All the essentials to get you started for FREE.
.
  • Market Research
  •  
  • Event Planning
  •  
  • Customer Feedback
  •  
  • Product Planning
  •  
  • Education & Training

                  Sign up for your FREE account

Already have an
account? Sign In

By creating an account using your Facebook or Google account, you agree to our Terms of Use and Privacy Policy.

Selepas selesai mendaftar kita boleh teruskan dengan memilih adakah kita mhu yang perlu bayar kerana ia lebih mempunyai fungsi yang banyak berbanding yang percuma..
Kemudian kita boleh menaip 10 soalan yang kita ingin kaji.
Selepas siap semuanya kita boleh copy dan passte link tersebut dan boleh di post kepada rakan-rakan lain sama ada di facebook, google docs, yahoo, yahoo groups. Saya juga telah mencetak 10 helaian berkaitan dengan kaji selidik untuk di jawab oleh rakan-rakan saya.
Alhamdulillah rakan-rakan saya sama ada di facebook dan lain-lain sangat 'sporting' dan ramai juga yang telah menjawabnya.

Seterusnya saya telah diarahkan untuk membuat  laporan berkaiatan kaji selidik yang telah saya buat.

Antara yang terdapat dalam laporan saya ialah..

Abstrak
Pengenalan
Hasil Kajian
Kesimpulan

Sekian, terima kasih...                      

Thursday, 22 December 2011

Minggu kelima Kelas

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa bersyukur kerana telah berjaya sampai ke minggu kelima. Saya tidak menyangka bahawa masa berlalu dengan begitu pantas dan tanpa saya sedari telah sampai ke minggu ke lima.

Pada minggu ini saya telah diberi tugasan mengenai Computer in Educational Research

Dalam tugasan ini, apa yang saya perlu lakukan ialah Research Proses


Untuk mempelajari tugasan ini dengan lebih mendalam saya dikehedaki melayari laman web ini iaitu....

http://library.albany.edu/subject/tutorials/education/index.html
http://managementhelp.org/businessresearch/questionaires.htm
http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_upload/Cap_Dev_Training/Training_Materials/Quality/Qu_Mod1.pdf
http://writing.colostate.edu/guides/research/survey/

Di samping itu, saya juga perlu mengkaji tentang maklumat yang terdapat dalam Literature Review berdasarkan laman web berikut...

http://lancashirecare.wordpress.com/2008/03/19/easy-steps-to-doing-a-literature-review/
http://www.gwu.edu/~litrev/
http://www.writing.utoronto.ca/advice/specific-types-of-writing/literature-review
http://www.3metaku.com/

Selepas saya mengkaji tentang Literature Review, saya dikehendaki mengetahui dan melihat dengan lebih lanjut apakah itu Plagiarism dengan mencari dan belajar berdasarkan laman web yang telah diberikan iaitu...

http://www.plagiarism.org/
http://guides.library.ualberta.ca/content.php?pid=62200&sid=457651
http://www.plagiarism.org/plag_article_how_do_i_cite_sources.html

Pada minggu ini juga saya bersama dengan pasangan saya dikehendaki mencari dua jurnal yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya iaitu, sistem operasi. Saya telah mencari arikel-artikel tersebut di http://scholar.google.com.my/ dan saya juga telah mencari satu buku yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya iaitu,
http://books.google.com/

Setelah selesai mencari bahan-bahan untuk mebuat tugasan saya dan pasangan saya telah berbincang dan meneroka apa yang terdapat dalam artikel dan buku yang telah kami pilih untuk tugasan minggu ini supaya kami dapat membuat laporan dengan baik.

THINK PAIR AND SHARE

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia....

Pada kali ini saya ingin memberitahu kalian semua tetang think, pair dan share.

Pada pandangan saya, think, pair dan share adalah proses kami secara berkumpulan dalam mencari bahan-bahan tentang tugasan kami iaitu berkaiatan dengan sistem operasi dan meneroka dengan lebih mendalam berkaitan dengan tugasan kami.

Selain itu, kami juga telah berbincang tajuk kami dan juga telah membandingkan dengan isu-isu semasa tentang penggunaan sistem operasi dalam kehidupan seharian sama ada ia penting atau tidak dan juga pada masa sekarang. Kesimpulannya setiap ahli dalam kumpulan perlu memainkan perana dalam membincangkan tentang tajuk tugasan.


Minggu Ketiga dan Keempat

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua...

Akhirnya pembelajaran saya telah sampai ke minggu yang ke tiga dan keempat. Untuk makluman semua bukan mudah untuk belajar komputer dan subjek komputer antara subjek yang sukar pada pandangan saya.
Pada minggu ketiga ini kami telah dibahagikan tugasan masing-masing.Antara tugasan yang disenaraikan ialah....

1)21st century skill
2)Thinking skill and ict
3)Internet and Computer Security
4)Original and Licensed Softwear
5)Open Source Softwear
6)Web 2.0 in education
7)E-learnimg and Mobile Learning
8)Operating System

          Pada mulanya, kumpulan saya telah memilih tugasan yang bertajuk E-learning and Mobile Learning, tetapi telah ditukar oleh pensyarah saya kerana mungkin ramai yang mengambil tajuk tugasan yang sama menurut pandangan saya.

Kumpulan saya telah diberi tugasan ynag bertajauk sisem operasi. tajuk ini agak menarik dan mencabar.

Sistem Operasi
Maksud sistem operasi ialah program yang paling penting yang berjalan pada komputer. Setiap komputer yang digunakan mesti mempunyai satu sistem yang beroperasi untuk menjalankan tugas-tugas asas, seperti mengiktiraf input-input dari papan kekunci,menghantar output kepada cakera, dan mengawal peranti perisian seperti pengacu cakera dan pencetak.

Bagi sistem yang besar  pula, sistem operasi yang lebih besar akan lebih bertanggungjawab dan mempunyai lebih kuasa. Untuk makluman semua sistem operasi juga bertanggungjawab terhadap keselamatan, memastikan bahawa pengguna yang tidak tidak dibenarkan tidak akan dapat mengakses sistem yang terdapat dalam sistem.

Sistem Operasi boleh dikelaskan seperti berikut:
1)  Bilangan pengguna
melalui sistem operasi membolehkan dua atau lebih pengguna menjalankan program-program pada masa     yang sama. Sesetengah sistem pengendalian boleh mengendalikan beratus-ratus atau beribu-ribu pengguna dengan serentak


2)Multi-processing
menyokong mejalankan program di lebih daripada 1 cpu


3)Multi-tasking
membenarkan lebih daripada satu program digunakan secara serentak


4)Multithreading
membenarkan bahagian-bahagian yang berlainan program untuk berjalan sevara serentak


5)Masa nyata
respons kepada input serta-merta

Maklumat tanbahan
Sistem operasi menyediakan satu platform perisian di atas mana-mana program lain, yang disebut sebaga program permohonan. Program permohonan hendaklah ditulis untuk berjalan di atas sistem operasi tertentu.  

Bagi komputer peribadi sistem operasi yang popular ialah....

  • DOS
  • OS/2
  • WINDOWS
  • LINUX

Monday, 7 November 2011

Minggu Kedua

Assalammualaikum,salam sejahtera dan salam satu malaysia kepada semua rakan-rakan walau dimana jua anda berada.Alhamdulillah dapt juga saya menyelesaikan pembelajaran saya pada minggu kedua ini.Banyak ilmu yang telah saya pelajari pada minggu kedua ini.Ilmu yang saya pelajari pada minggu kedua ini ialah berkaitan tentang sisitem maklumat pembelajaran.

Mula-mula sekali saya ingin kongsi dengan anda semua apakah yang dimaksudkan dengan sisten maklumat pembelajaran.Sistem maklumat pembelajaran bermaksud sistem yang menyediakan banyak fungsi iaitu boleh menukar,mengurus dan seterusnya menerbitkan pelbagai maklumat seperti teks,gambar,video atau dokumen yang ditentukan oleh peraturan,proses dan urutan secara berpusat untuk memastikannya lebih teliti dan terancang.

Jika dilihat lebih terperinci apa yang dimaksudkan oleh sistem maklumat pembeljaran ialah.Maklumat ialah maklumat digital ia boleh terdiri daripada teks,gambar,video,bunyian,dokumen,rekod dan sebagainya atau dalam erti kata yang lain sebrang maklumat yang ingin kita simpan dalam bentuk elektronik semuanya.

Pengurusan maklumat pula ialah merupakan pengurusan secara efektif pelbagai maklumat tersenarai diatas,dengan mengikut peraturan,proses dan rangka kerja bagi memastikan simpanan maklumat elektronik diurus dengan baiknya.

Sistem maklumat pembelajaran ini sangat penting untuk diaplikasikan oleh senua lapisan masyarakat kerana mempunyai pelbagai kepentingan dan kebaikan jika mengaplikasan dalam kehidupan seharian.Sistem ini memberi kebaikan kerana kadar pertumbuhan maklumat dan data yang terus berkembang dengan pesat dan keperluan kepada pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan.Selain itu,sistem maklumat pembelajaran ini sangat penting kerana keperluan untuk proses membuat keputusan dengan lebih cepat dan lebih pantas tanpa menunggu masa yang lama untuk membuat keputusan dan masa tidak akan membazir begitu sahaja dan juga kepentingan lain ialah keperluan untuk merencanakan cadangan untuk penyelesaian masalah.

Kita boleh melihat,mempelajari atau mengaplikasikan sistem maklumat pembelajaran ini walau dimana sahaja kita berada.Kita dapat melihat di kawasan sekolah terutama di perpustakaan,pengawas pusat sumber sekolah sememangnya dilatih untuk menggunakan sistem maklumat ini,ia dipanggil  sisten-source.Selain itu kiata juaga boleh lihat di pejabat dan lain-lain tempat.

Kebanyakan yang menggunakan sistem maklumat pembeljaran ini alah mereka yang terdiri daripada pelajar tidak kira ssama ada pelajar di peringkat sekolah rendah,menengah mahupun peljar peringkat universiti kerana masing-masing amat memerlukan sistem ini dalam pembelajran mereka sekarang.Pekerja di sektor lain juga boleh dan digalakkan menggunakan dan mempelajari sistem maklumat pembelajaran ini kerana ia akan memudahkan kerja anda.

Kita boleh menggunakan sistem maklumat pembelajaran ini ialah dengan cara pelajar berinteraksi dengan pelajar,selain itu boleh mengakses maklumat dengan lebih pantas adan juga kerja dapat dilakukan dengan lebih teratur kerana sistem maklumat pembelajaran ini tiada dikenakan sebaran had masa.

Sampai disi sahaja yang dapat saya kongsi dengan anda semua.Saya harap anda semua dapat mempelajari dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.Sekian,terima kasih.

Wednesday, 28 September 2011

First Week Class

Assalammualaikum,salam sejahtera dan salam satu malaysia ...kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian.....saya adalah pelajar Komputer Dalam Pendidikan dari program pendidikan khas.Saya belajar di Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Pada minggu ini saya telah diajar oleh pensyarah saya tentang bagaimana hendak membuat yakaun yahoo, akaun yahoo groups, akaun facebook, akaun facebook group, akaun gmail dan seterusnya membuat blog.

Pertama sekali cara membuat akaun yahoo ialah dengan cara, klik http://www.yahoo.com/ kemudian daftar di sini dan lengkapkan butiran-butiran yang perlu isi di https://edit.yahoo.com/registration?.src=fpctx&.intl=us&.done=http%3A%2F%2Fwww.yahoo.com%2F
ini adalah contoh akaun yahoomilik saya..
http://www.yahoo.com/

Seterusnya ialah cara untuk daftar akaun facebook


Heading out? Stay connected
Visit facebook.com on your mobile phone.
Get Facebook Mobile
Sign Up
It's free and always will be.
I am:
Birthday:
  
Create a Page for a celebrity, band or business.