Total Pageviews

Thursday, 22 December 2011

Minggu Ketiga dan Keempat

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua...

Akhirnya pembelajaran saya telah sampai ke minggu yang ke tiga dan keempat. Untuk makluman semua bukan mudah untuk belajar komputer dan subjek komputer antara subjek yang sukar pada pandangan saya.
Pada minggu ketiga ini kami telah dibahagikan tugasan masing-masing.Antara tugasan yang disenaraikan ialah....

1)21st century skill
2)Thinking skill and ict
3)Internet and Computer Security
4)Original and Licensed Softwear
5)Open Source Softwear
6)Web 2.0 in education
7)E-learnimg and Mobile Learning
8)Operating System

          Pada mulanya, kumpulan saya telah memilih tugasan yang bertajuk E-learning and Mobile Learning, tetapi telah ditukar oleh pensyarah saya kerana mungkin ramai yang mengambil tajuk tugasan yang sama menurut pandangan saya.

Kumpulan saya telah diberi tugasan ynag bertajauk sisem operasi. tajuk ini agak menarik dan mencabar.

Sistem Operasi
Maksud sistem operasi ialah program yang paling penting yang berjalan pada komputer. Setiap komputer yang digunakan mesti mempunyai satu sistem yang beroperasi untuk menjalankan tugas-tugas asas, seperti mengiktiraf input-input dari papan kekunci,menghantar output kepada cakera, dan mengawal peranti perisian seperti pengacu cakera dan pencetak.

Bagi sistem yang besar  pula, sistem operasi yang lebih besar akan lebih bertanggungjawab dan mempunyai lebih kuasa. Untuk makluman semua sistem operasi juga bertanggungjawab terhadap keselamatan, memastikan bahawa pengguna yang tidak tidak dibenarkan tidak akan dapat mengakses sistem yang terdapat dalam sistem.

Sistem Operasi boleh dikelaskan seperti berikut:
1)  Bilangan pengguna
melalui sistem operasi membolehkan dua atau lebih pengguna menjalankan program-program pada masa     yang sama. Sesetengah sistem pengendalian boleh mengendalikan beratus-ratus atau beribu-ribu pengguna dengan serentak


2)Multi-processing
menyokong mejalankan program di lebih daripada 1 cpu


3)Multi-tasking
membenarkan lebih daripada satu program digunakan secara serentak


4)Multithreading
membenarkan bahagian-bahagian yang berlainan program untuk berjalan sevara serentak


5)Masa nyata
respons kepada input serta-merta

Maklumat tanbahan
Sistem operasi menyediakan satu platform perisian di atas mana-mana program lain, yang disebut sebaga program permohonan. Program permohonan hendaklah ditulis untuk berjalan di atas sistem operasi tertentu.  

Bagi komputer peribadi sistem operasi yang popular ialah....

  • DOS
  • OS/2
  • WINDOWS
  • LINUX

No comments:

Post a Comment